Tazkirah

Sunday, July 31, 2005

Tajdid Iman: Doa kekuatan setiap Muslim
Oleh Dr Juanda Jaya


PERISTIWA Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari istana syurga mengajar kita untuk memandang sejarah itu dengan perspektif reda kepada Allah.


Hikmah yang lain daripada peristiwa ini adalah kebijaksanaan manusia yang mampu mengatasi malaikat dan syaitan, akhirnya tersungkur juga akibat nafsu yang kadang-kadang boleh mengatasi kehebatan akal. Akhirnya, dengan kehendak Allah, kehidupan di dunia diwujudkan, taubat Adam diterima dan masanya untuk zuriat manusia diuji adakah benar imannya kepada Allah pun bermula. Sesungguhnya yang menjadi penyelamat Adam adalah permohonan taubatnya kepada Allah. Allah menceritakannya: "Kemudian Adam menerima beberapa kalimah (ajaran kata-kata untuk bertaubat). Maka, Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Surah al-Baqarah, ayat 37)Adam mengajar kita bagaimana hendak menjadi manusia mulia.

Bukankah ketika Allah menciptakannya, seluruh makhluk diperintah untuk sujud kepadanya. Tetapi, pengaruh syaitan dan nafsu syahwat boleh menukar jenis makhluk yang bernama manusia menjadi makhluk lain.

Memetik Kitab Ihya' Ulumuddin, Imam al-Ghazali mengkaji empat sifat yang merosakkan sifat kemanusiaan seorang manusia iaitu:
Pertama, sifat subu'iyah atau kebuasan. Ciri adalah seperti suka marah, busuk hati, suka menyerang, memukul, memaki dan membinasakan harta benda.Naik ke peringkat kedua iaitu sifat bahimiyah atau kebinatangan. Gelojoh dan tamak seperti anjing, suka benda kotor seperti harta yang haram, zina dan liwat.Bertambah teruk keadaan mereka jika masuk ke peringkat ketiga iaitu sifat syaitaniyah iaitu layaknya umpama syaitan dengan cirinya seperti dengki, penipu, memutar belit, menyuruh yang munkar dan melarang kebaikan.

Kemuncaknya, sifat terakhir iaitu apabila ketiga-tiga sifat itu berkumpul, maka naiklah kejahatan manusia itu sampai ke peringkat sifat rububiyah, ketuhanan iaitu sifat Tuhan ingin dirampas menjadi miliknya. Sifat bangga diri, sombong, mahukan puji dan pujaan orang, sukakan kemuliaan dan kedudukan tinggi. Akhirnya ia mengatakan akulah Tuhan, bukan manusia, aku tidak sudi mentaati dan mematuhi kerana aku berkuasa. Tak ada sesuatu yang setanding diriku.Begitulah kejahatan terbesar anak-anak Adam apabila mereka telah melupakan Allah dan hidup di kubang lumpur dosa yang kotor dan menjijikkan.

Belajar daripada kekhilafan ayahanda manusia iaitu Nabi Adam kepada Allah, setelah khilaf beliau bertaubat seraya berdoa tanpa mengenal erti putus asa daripada rahmat-Nya. Inilah ibadat paling agung yang pertama kali diajarkan oleh Allah kepadanya iaitu berdoa. Apakah sebenarnya fungsi doa itu bagi kita?
Pertama, doa adalah tali Allah. Doa juga adalah sebagai pengikat kita dengan Allah. Sebagai hamba yang kekal bersifat lemah, manusia perlu sentiasa berhubungan dengan Allah yang Maha Perkasa. Lafaz doa mengandungi makna pengharapan dan kebergantungan kepada Allahus-Somad (Allah Sebagai Tempat Bergantung). Mengakui kelemahan diri dan keperluan kepada pertolongan dan perlindungan Allah. Apabila seseorang manusia berasa tidak perlu kepada doa, dia sebenarnya terlalu angkuh dan sombong dengan jaminan dirinya sendiri. Dia telah memutuskan tali Allah yang mengikatnya sehingga terdedah kepada kebinasaan akibat dosanya melupakan Allah. Seorang Muslim hendaklah sentiasa membiasakan dirinya menyebut nama Allah pada setiap perbuatannya. Seawal bangun dari tidurnya, mandi, memakai pakaian, berwuduk, sembahyang, makan, minum, keluar masuk rumah, bekerja, belajar dan bermuamalat sesama manusia. Hatta, suami yang menggauli isteri, semua itu hendaklah diiringi dengan doa supaya perbuatan itu selari dengan perintah dan suruhan Allah. S

Sungguh indah perhubungan antara hamba dengan Tuhannya itu. Dia begitu hampir dan tidak pernah bercerai kerana penghubungnya adalah doa yang penuh keyakinan bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Fungsi doa yang kedua adalah cita-cita dan impian yang ingin dimiliki diusahakan dengan berikhtiar sesuai dengan permintaannya kepada Allah. Orang yang meminta syurga mestilah diiringi dengan kesungguhannya beramal salih. Orang yang meminta keberkatan rezeki hendaklah bersungguh-sungguh bekerja untuk mendapatkannya. Sementara apabila dia meminta dihindari daripada kejahatan diri sendiri, maka dia hendaklah berusaha untuk tidak berbuat dosa dan maksiat. Doa dan ikhtiar saling lengkap melengkapi. Firman Allah bermaksud: "...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri..." (Surah al-Ra'd, ayat 11).Hakikatnya iman itu bukanlah angan-angan. Ia perlu dibuktikan dengan kesungguhan atau jihad dalam beramal salih.

Fungsi doa yang ketiga adalah sebagai pengubat hati. Saat diri dihina, tidak dipedulikan, diceraikan kekasih dan dibuang oleh pujaan hati, perasaan yang hadir adalah rasa putus asa. Jika berlaku ujian dan cubaan melanda iman seperti kekurangan harta, kehilangan jiwa, kecacatan, kesakitan, bencana alam dan kegagalan setiap perjuangan, kepada siapakah manusia harus mengadu, merintih dan bersandar? Setiap pengharapan akan datangnya cahaya, kepada siapa hendak dipohonkan? Keyakinan dan kekuatan untuk meneruskan hidup, dari manakah penjana kuasanya? Hanya kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa adalah kekuatan bagi setiap Muslim, tetapi jika ia tidak difungsikan dengan cara yang betul, maka kekuatan itu akan hilang, yang tinggal hanya lafaz kosong tanpa makna dan tujuan. Kembalikanlah fungsi doa agar kita sentiasa mendapat jawapan yang pasti daripada Ilahi.

dipetik dr beritaharian.com.my; segala kekurangan harap dimaafkan. yg penting ambillah pengajaran baik yg disampaikan.jzk

Friday, July 29, 2005

Sembilan cara mandi pastikan mayat bersih

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

PERKARA penting dalam memandikan jenazah adalah wajib membersihkan tubuh badan mayat dan celah-celahnya daripada najis dan kekotoran dengan meratakan air seluruh anggota badannya. Apabila cara ini diyakini kebersihannya, bolehlah dikafan, disembahyang dan seterusnya dikebumikan.
Cara terbaik yang disepakati Ibnu Hajar dan al-Ramli yang menjadi amalan masyarakat Nusantara ini dengan panggilan mandi air sembilan cara iaitu :

1. Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dulu. Jika ada benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar selepas dimandi dan dikafankan.
Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari pada tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak). Kemudian urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri.
Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda yang keluar.

2. Selepas dikosongkan perut dan dibersihkan benda yang keluar, terlentangkan semula mayat itu di atas papan mandi. Kemudian dicebukkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).

3. Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidung, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudukkan dengan sempurna (meliputi yang fardu dan sunat). Selepas itu, baru dimandikan dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki meliputi seluruh tubuhnya.

4. Mandi dengan air sabun
- Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya sebanyak tiga kali.
- Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan sebanyak tiga kali.
- Basuh sebelah kiri (lambung kiri) hingga ke hujung kaki kiri tiga kali.
- Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, paha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya tiga kali.
- Mengiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kiri belakang hingga ke kaki kiri sebanyak tiga kali.
Mandi dengan air sabun seperti di atas tadi memadai satu kali.

5. Mandi dengan air bersih (mutlak)
Mandi dengan air bersih ini dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya membersihkan segala air sabun tadi.

6. Selepas bersih, diwudukkan dengan niat bermaksud : “Saja aku wudukkan mayat ini kerana Allah."
- Lafaz niat bagi lelaki: “Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala.”
- Lafaz niat bagi perempuan: "Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala."

7. Mandi air bercampur kapur barus
Air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan:
"Saja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala."
- Lafaz niat bagi lelaki: "Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala."
- Lafaz niat bagi perempuan: “Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala."
Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang dua kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras.
Ketika menjirus, sunat membaca: "Ghufranak rabbana rahman wailakal masir."

8. Jadi hasilnya jumlah mandi mayat semuanya lima kali iaitu :
- Satu kali mandi dengan air sabun.
- Satu kali mandi dengan air bersih.
- Tiga kali mandi dengan air kapur barus.

9. Mayat lelaki yang panjang janggutnya, sunat disisir dengan sikat jarang. Jika bulu janggut atau rambut kepalanya gugur ketika mandi, hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kafan ketika mayat dikafankan.
Mayat perempuan pula hendaklah dihuraikan rambutnya supaya air membasahi keseluruhannya. Rambut yang gugur hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kafan.
Menurut riwayat di atas, dijalinkan rambutnya menjadi tiga tocang, lalu dihulurkan ke sebelah belakangnya.

10. Perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.
Yang diambil kira adalah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.

Wednesday, July 20, 2005

Kehidupan hitam - `Diputihkan' dengan penyakit misteri

Oleh ZUARIDA MOHYIN


PERJALANAN pengIslaman K.Pandu Rengen a/l P. Karuppaiah, 47, cukup unik. Bersua muka dengan beliau, isteri, anak-anak saudaranya di teratak beliau yang terletak di Kampung Cheras Baru, Jalan Kuari, baru-baru ini membongkar segalanya. Sinar Islam yang melintasi sanubari lelaki kelahiran Bentong, Pahang ini atau nama Islamnya, Muhammad Ali Rengen Abdullah, `datang' tanpa dipinta apatah lagi dicari.

Menceritakan latar belakang kehidupan sebelumnya serta perkenalan awal dengan agama Islam, semenjak dipisahkan daripada ibu kandung sewaktu berusia empat tahun, Muhammad Ali terpaksa menumpang kasih dengan ibu tiri. Pada saat itu, beliau sedar dan dapat merasakan dirinya terumbang-ambing tanpa haluan dan bimbingan. Banyak masanya dihabiskan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya dikunjungi oleh mereka yang terlalu mentah usianya.
Natijah daripada terpaksa berkongsi perhatian dan kasih sayang dengan 16 orang adik-beradik yang lain (hasil dua perkahwinan bapanya) serta tanpa pengawasan, kehidupan Muhammad Ali `terbiar' sehingga dirinya begitu sukar dikawal.

Malah, keseronokan tanpa batasan ini jugalah yang membawa Muhammad Ali ke sekolah yang mengendalikan kanak-kanak bermasalah, iaitu Sekolah Telur Air Masin di Butterworth, dan peringkat menengah di Sekolah Henry Gurney, Melaka. Selepas menghabiskan tempoh hukuman di kedua-dua buah sekolah tersebut, kehidupan bebas dan liarnya masih diteruskan. Muhammad Ali bertukar karektor daripada kanak-kanak nakal kepada lelaki samseng. Bahkan, nama K. Pandu Rengen begitu digeruni penduduk sekitar Kampung Cheras Baru sekitar tahun 80-an.

Akui Muhammad Ali, pernah suatu ketika beliau terfikir untuk mengubah cara hidup menjadi seorang yang lebih bermaruah, dan bertekad tidak mahu lagi mencampakkan dirinya ke lembah yang mengumpul musuh, bukannya sahabat baik. Lantas, Muhammad Ali mengambil keputusan pulang ke kampung halamannya untuk membina sebuah kehidupan baru. Beliau beralih angin dengan harapan dapat menjauhkan diri daripada bertemu dan bergaul kembali dengan kawan-kawan yang sentiasa mengajaknya ke jalan kejahatan.

Sayangnya, ujian hidupnya tidak semudah yang dijangka. Dengan bantuan seorang kawan, beliau berhijrah semula ke Kuala Lumpur dan akhirnya berjaya membuka sebuah kedai makan. Sambil itu beliau membina perniagaan besi buruk secara sah di sisi undang-undang.
Kejayaannya ini menimbulkan kemarahan teman-teman lama yang berhasrat menariknya semula ke dunia asalnya. Kehidupannya sentiasa di buru kebimbangan dan ugutan.
Memandangkan pada masa itu Rengen merupakan penganut agama Hindu yang kuat, tanpa berfikir panjang, beliau membina sebuah kuil Hindu di perkampungan tersebut, dengan harapan tuhannya akan menyelamatkan dirinya.

Rupa-rupanya, kuil yang dibina sebagai benteng keselamatan memakan dirinya sendiri. Musuh-musuh Rengen menggunakan kuil yang dibina untuk mengenakannya ilmu hitam.
Kehidupannya semakin `parah' sehingga beliau dikategorikan tidak waras; jalan tanpa berselipar, makan makanan yang kotor, tidak mandi dan merayau-rayau. Lebih menyedihkan, isteri dan anak terbiar tanpa pembelaan.

Ingatan dan fikiran Rengen `kosong'. Beliau tidur berbantalkan lengan dan bersaksikan bulan bintang. Hari-hari yang dilalui juga tidak disedari begitu pantas berlalu.
Pelbagai usaha dilakukan, seperti mendapatkan pertolongan daripada lebih 40 orang tok sami dari berbagai-bagai kuil. Namun, penyakit misteri yang dihadapi tidak berkurangan.
Kesengsaraan

Akibat menanggung kesengsaraan yang teramat sangat, Rengen sanggup bertemu seorang ustaz yang arif dengan selok-belok berkaitan ilmu sihir dan mengamalkan kaedah perubatan Islam. Permintaannya hanya satu; pulih dan sihat semula. Jauh sekali mengenali Islam.
Hakikatnya, perjalanan hidup seseorang itu tersurat sejak awal lagi. Penyakit misteri yang dialami Rengen umpama platform pertama perkenalannya dengan agama Islam, dan seterusnya mempercayai serta mengakui kebenaran syahadah. Pengalaman mendengar ucapan salam daripada suara yang tidak dikenalinya sewaktu mengambil air dari sebuah masjid di Pudu begitu menggetarkannya. Apatah lagi sebelum ini, ustaz yang mengubatinya berpesan bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya dan Allah s.w.t. sahaja yang berkuasa memberi dan menyembuhkan penyakit seorang insan.

Insiden luar biasa itu, sedikit sebanyak membuka mindanya. Beliau juga bagai tersedar daripada mimpi panjang.Dari situlah, beliau mula mencari kebenaran yang diyakininya hanya terdapat dalam agama Islam.

Maka pada 2 Februari 2000, sahlah pengIslamannya bersama isteri, Siti Sarah Abdullah dan anak lelakinya, Mohd. Saiful yang ketika itu berusia lima tahun. Majlis pengIslaman mereka berlangsung di Pejabat Agama Islam, Petaling Jaya. Demikian kisah bagaimana Muhammad Ali bertemu Islam. Selepas mengucap kalimah syahadah, beliau akur bahawa segala yang berlaku di dalam hidupnya adalah takdir Allah s.w.t. Benar jugalah bahawa penyakit itu sebenarnya hikmah Allah yang tidak disedari hamba-hamba-Nya.

``Dengan diri yang masih belum sembuh sepenuhnya. Kami sekeluarga menumpang di rumah seorang ustaz di Taman Tasik Tambahan Ampang. Selama beberapa bulan di sini, Ustaz mengajar beberapa ayat al-Quran dan zikir-zikir bagi menghindarkan diri daripada gangguan syaitan. ``Pada tahun 2002, saya pergi ke Tirjit, Kadamalai, India untuk mendalami ilmu agama. Sepanjang di bawah bimbingan Syeikh Kabir, banyak yang diperoleh. Di antaranya, ibadah fardu ain seperti sembahyang, puasa dan banyak lagi.

``Saya pergi sendirian. Isteri dan anak saya tinggalkan dengan keluarga angkat. Ilmu yang diperoleh begitu mendamaikan jiwa dan memberi semangat bergelar Muslim sejati,'' akui Muhammad Ali sedikit kesal kerana lambat bertemu Islam. Pun begitu, beliau bersyukur kerana akhirnya Islam menjadi kepercayaannya dunia dan akhirat. Tiga orang saudaranya juga mengikut jejak langkahnya mengucap syahadah. Kini, Muhammad Ali menyimpan impian, semoga Mohd. Saiful bergelar hafiz suatu hari kelak.

Katanya lagi, amalan solat itu banyak kelebihannya. Sebab itulah beliau sentiasa berpesan agar jangan sekali-kali meninggalkan solat lima waktu kerana ia adalah tiang agama.

``Semasa sakit dahulu, amalan solatlah banyak menyelamatkan saya. Ini kerana apabila kita melakukan solat dengan penuh khusyuk dan tawaduk, pasti tiada `benda' halus yang boleh mengganggu. ``Sebab itulah, saya selalu berpesan kepada adik-beradik yang lain serta mereka yang dibawa kepada Islam supaya jangan sekadar Islam pada nama tetapi kenalah belajar. Ilmu tidak akan datang tanpa dicari,'' terang Muhammad Ali yang telah mengIslamkan hampir 30 orang termasuk adik-beradiknya sekeluarga, iaitu Mohammad Mustafa, Mohammad Shamsuddin dan Nafisa. Dek kerana cintanya kepada Islam yang tidak berbelah bahagi, Muhammad Ali menyediakan kelas-kelas agama di bawah kelolaan seorang ustaz yang diberikan gaji secara bulanan. Terangnya, kuantiti tidak penting tetapi yang sepatutnya menjadi keutamaan ialah memberikan didikan agama kepada mereka yang baru memeluk agama Islam.

``Saya cukup sedih melihat ada segelintir saudara baru yang hilang tempat bergantung selepas memeluk Islam. Sebab itulah, mereka perlu dibantu dalam segenap segi, seperti sokongan moral, pemantapan akidah dan aspek ekonomi. ``Apabila mereka sudah mampu berdikari, secara tidak langsung, mereka juga menjadi contoh kepada yang lain. Barulah Islam boleh kukuh dalam dada walau apa cabaran mendatang, sekali gus imej Islam pun terjaga,'' ujar Muhammad Ali yang terpanggil membina sebuah madrasah, khusus memberikan didikan agama dan tempat tinggal kepada saudara-saudara baru.
Oleh itu, bagi merealisasikan impiannya itu, Muhammad Ali amat mengharapkan sumbangan dan bantuan mereka yang berkemampuan. Ibarat lidi sebatang, pastinya lambat membersihkan longgokan sampah jika dibandingkan lidi seikat.

``Islam terlalu besar hikmahnya kepada saya. Ilmu yang diperoleh menjadikan saya seorang manusia yang jauh berbeza dari dulu. Malah saya rasa amat rugi, sekiranya nikmat dan hidayah yang diberikan ini, tidak saya jaga dan sebarkan kepada orang lain. Kini, perjuangan kami sekeluarga memberi kekuatan dalaman kepada saya untuk berkongsi keredhaan Allah s.w.t. Islam adalah agama yang cukup lengkap dan sejagat.

``Malah agama syumul ini juga tidak membezakan darjat, martabat, bangsa dan warna kulit seseorang. Allah s.w.t. memandang kepada hamba-Nya yang bertakwa,'' luah Muhammad Ali yang turut bersyukur mempunyai isteri yang begitu patuh dan taat. Akuinya, ia terbukti dengan kesanggupan isteri menerima saranannya memeluk Islam, biarpun isterinya sendiri tidak pernah mengenal Islam sebelum ini. Perkahwinan yang berusia 33 tahun dilangsungkan di negara asal isterinya, India pada Julai 1993.

Monday, July 18, 2005

Forty Hadith: Hadith 1

It is narrated on the authority of Amirul Mu'minin, Abu Hafs 'Umar bin al-Khattab, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:

"Actions are (judged) by motives (niyyah), so each man will have what he intended. Thus, he whose migration (hijrah) was to Allah and His Messenger, his migration is to Allah and His Messenger; but he whose migration was for some worldly thing he might gain, or for a wife he might marry, his migration is to that for which he migrated."

[Al-Bukhari & Muslim]

lessons

The Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, starts the hadith with the principle ("Actions are judged by intentions") and then gives three examples. This is the methodology of the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam. The examples help illustrate the principle so that it is easier for people to understand and they can apply the principle to other similar situations.

The three examples consist of one of good intention (migration for the sake of Allah and His Messenger) and two of bad intentions (migration for the sake of worldly gains or for marriage).

This hadith emphasises ikhlas (sincerity - to be truthful and honest to Allah alone, performing an act solely for Allah's sake whereby no other witness except Allah is sought). Ikhlas is one of the conditions of accepting good deeds. The other condition is that the actions must be done in accordance with the Shariah as it will be explained in the fifth hadith.

This can be seen in the shahadah :

  • "I bear witness that there is no god but Allah" is the ikhlas - ensuring that we do things for the sake of Allah and Allah alone.
  • "I bear witness that Mohammed is the Messenger of Allah" - the Sunnah is the manifestation of the Quran - the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, is our example, our best model to follow. Following his Sunnah in our ibadah, Akhlaq (ethics), and Muamalat (dealings) ensures that we are acting in accordance with the Shariah.

Thus, the shahadah shows us the conditions for accepting a deed or performing an action: (a) it should be for the sake of Allah because He is the only One we worship, and (b) it should be in accordance with the Shariah.

To achieve ikhlas, we have to avoid shirk (associating others with Allah, which causes insincerity). Al-Imam al-Harawi said the root cause for insincerity (or shirk) is self-desire (al-hawa). Therefore no action should be done because of self-desire.

Imam al-Harawi states that there are 7 types of self-desires:-

  1. To make oneself appear good in the hearts of others
  2. To seek the praises of others
  3. To avoid being blamed by others
  4. To seek the glorification of others
  5. To seek the wealth/money of others
  6. To seek the services or love of others
  7. To seek the help of others for oneself

Ways to obtain ikhlas:

  • Do righteous deeds - the more good deeds we do and hence get closer to Allah, the more sincere we will be.
  • Before we do any deed we should firstly seek knowledge (ilm) - our actions/deeds should be guided by knowledge so that we do them in accordance to the Shariah.
  • Do not give false impressions - do not make others believe that an action we did was good when it was not.
  • Al-Imam Ahmad said: Before you do anything, check your intention (niyyah) - ask yourself before performing an action: "Is it for the sake of Allah?"

Ibnu al-Qayyim says: Any action we do is subject to three defects:

  1. Being conscious that others are observing our actions
  2. Seeking a return (benefit/reward) for the action
  3. Being satisfied with the action

Examples:

  • If we go to the masjid for the salah and we are early, arriving before the Imam and finding a place in the first saff, we should not be proud of ourselves and think of ourselves being better than others. We should praise Allah for enabling us to go to the masjid and for being able to perform the salah without any difficulties.
  • After every salah, we should tell ourselves that we could have performed it better and try to improve in our next salah.

What happens if we were to change our niyyah while performing an action? Ibn Rajab says according to the ulama' if the niyyah at the end of the action matches the beginning (i.e. doing the action for the sake of Allah), then any changes in the middle of the action will be forgiven or does not matter, insha Allah. However, if the niyyah at the end does not match the beginning, i.e. we do the action for other than the sake of Allah, then we must repent (taubah).

There are four things that contradict ikhlas:

  1. Ma'siat - committing sins - this will weaken our ikhlas
  2. Shirk - associating others with Allah
  3. Riya' - performing an ibadah with the intention of showing off to others
  4. Nifaq - hypocrisy

Even though we must always make sure that our actions do not deviate from ikhlas, there are actions, which are automatically considered that of good intentions. For example, seeking knowledge in Islam, helping the community, doing da'wah, etc.

Some rulings (ahkam) which scholars derived from this hadith:

  • When people 'swear by Allah' by saying "Wallahi" every now and then, their intention is not that they actually swear by Allah. They say it simply out of habit - it readily rolls off their tongue. Hence, it is harmless. However a Muslim should do his/her best to minimize it.
  • When someone is asked to give an oath, what is judged is his intention when he gives the oath.
  • There can be a combination of intentions between performing an ibadah and teaching others - we perform an ibadah for the sake of Allah, but we also do it with the intention of teaching others. e.g. when the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, performed the Hajj, he did it for the sake of Allah as well as for teaching the Sahabah (his companions, may Allah be pleased with them all).
  • A man may go through the process of divorcing his wife, verbally or in court, but it is his intention which counts.
  • What could be seen as ghibah (backbiting - talking bad, but true, things about a person behind his back) could simply be a joke or a dua. If someone talks bad about someone else, it is his intentions, which determines whether it is ghibah or not.

conclusion

Our actions are undermined by our intentions - whether they are good intentions or bad intentions. Therefore we should always check our intentions before we do or say anything. We must make sure that the action is for the sake of Allah so that it is accepted by Allah and that we will be rewarded for it, insha Allah.


source: fortyhadith.com

Wednesday, July 13, 2005

Bercerita kisah al-Quran bantu bentuk watak anak
Oleh Rosnah Ahmad

SETIAP kali sebelum tidur terngiang-ngiang suara dan terbayang-bayang mimik muka arwah emak bercerita kepada kami lima beradik. Kami berebut-rebut untuk duduk paling rapat dengan emak untuk mendengar kisah dari al-Quran, cerita rakyat yang sarat dengan teladan dan kesusahan hidup emak ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Kami adik beradik tidak jemu-jemu mendengarnya walaupun berkali-kali ceritanya diulang. Inilah kegiatan yang kami sukai pada musim tengkujuh apabila tidak dapat bermain di luar rumah. Saat itu mendamaikan jiwa dan masih menenangkan perasaan saya apabila mengenangkan kembali nostalgia itu.
Kini, tradisi ini diteruskan kepada anak saya yang berusia lapan, tujuh dan satu tahun. Mata mereka akan bersinar kegembiraan dan kadang-kadang dahi berkerut kerana cuba memahami apa yang diceritakan. Soalan mereka banyak sekali. Adik kecil yang baru berusia setahun juga seperti mengerti dan sesekali cuba bertanya dengan mengeluarkan bunyi yang belum difahami. Sangat susah untuk berhenti daripada bercerita kerana permintaan anak banyak sekali. Ia kadang-kadang agak meletihkan, tetapi kegembiraan anak dan ucapan sayang serta terima kasih daripada mereka selepas selesai bercerita cukup menghiburkan. Kanak-kanak dan cerita bagaikan tidak boleh dipisahkan.

Peranan cerita adalah besar dalam proses pendidikan sebuah generasi. Cerita dapat membantu kanak-kanak memperkuatkan imaginasi, meningkatkan pengalaman, mengembangkan penguasaan bahasa serta memberikan pelajaran budi pekerti dan nilai murni melalui peristiwa yang diungkap dalamnya. Ramai ibu bapa merungut apabila anak seperti tidak mengendahkan kata-kata apabila cuba memberi nasihat atau mendisiplinkan mereka dengan akhlak mulia. Mereka kadang kala tidak menurut kata ibu bapa bukan kerana degil tetapi tidak faham nasihat atau arahan yang diberikan. Contohnya, kanak-kanak berusia lima tahun diberi nasihat supaya jangan menderhaka kepada ibu bapa kerana perbuatan ini dimurkai Allah dan berdosa. Perkataan menderhaka mungkin biasa bagi kita, tetapi ia adalah baru dan susah untuk mereka fahami.

Cara paling berkesan menerangkan maksud menderhaka adalah dengan bercerita. Contohnya, kisah Si Tanggang yang derhaka kepada ibunya. Anak akan lebih mudah memahami sesuatu perkataan apabila mereka dapat mengaitkannya dengan cerita yang disampai atau dibacakan kepada mereka. Aktiviti bercerita juga dapat menyelesaikan banyak masalah emosi anak. Contohnya, apabila menunggu kehadiran adik baru dalam keluarga, anak biasanya mempunyai perasaan yang bercampur baur, gembira serta sedikit gusar dan cemburu. Mereka khuatir perhatian dan kasih sayang ibu bapa akan beralih kepada adik baru. Buku cerita mengenai adik baru akan membuka ruang kepada anak untuk bertanya apa saja persoalan yang bermain pada fikiran mereka. Ini dapat menolong meyakin dan menyediakan mereka dari segi emosi untuk menyambut kehadiran adik baru.

Zaman kian berubah, kini aktiviti bercerita banyak diambil alih oleh cikgu sekolah, tadika, pengasuh taska, television dan komputer. Apa pun ibu bapa harus memupuk minat dan mencari masa untuk bercerita kepada anak. Bercerita adalah aktiviti masa berkualiti yang sangat berkesan untuk mendekati anak dalam kesibukan ibu bapa sekarang. Secara tidak langsung anak akan merasakan mereka diberi perhatian dan dihargai.
Ada juga ibu bapa yang merasakan apabila anak pandai membaca, kerja mereka semakin mudah kerana mereka mampu membaca sendiri cerita kegemaran masing-masing. Mereka tidak perlu lagi bercerita. Pakar pendidikan mengatakan bahawa ibu bapa masih perlu membacakan cerita kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Kanak-kanak pada usia ini masih memerlukan panduan daripada ibu bapa untuk menerangkan maksud perkataan yang tidak mereka fahami dan untuk memperjelaskan mesej sebenar di sebalik cerita yang dibaca.
Islam sangat menggalakkan aktiviti bercerita. Al-Quran mengandungi banyak kisah. Manusia memperoleh pelajaran berharga daripadanya. Keunggulan al-Quran terbukti mendidik manusia dari generasi ke generasi dan tiada tandingannya. Kita diajak bercerita mengenai kisah nyata yang diceritakan Allah dalam al-Quran seperti firman-Nya yang bermaksud: Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.(Surah al-Araf, ayat 176)
Kisah Al-Quran sentiasa mengajar bahawa kebenaran akan melenyapkan kebatilan. Ini dapat memberi kesan dalam diri anak bahawa orang yang suka membuat dosa dan maksiat akan kecundang akhirnya. Perasaan ini penting untuk membenihkan keimanan dan akhlak mulia anak sejak kecil lagi. Keagungan dan kebesaran Allah boleh disampaikan melalui cerita mengenai kebaikan dan keindahan makhluk ciptaan Allah seperti haiwan, serangga dan tumbuh-tumbuhan sesuai dengan fitrah anak-anak yang sukakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kisah Rasulullah, nabi, sahabat dan pahlawan Islam juga akan dapat membantu anak-anak mencintai dan mencontohi sifat terpuji mereka.
Ibu bapa juga boleh mereka sendiri watak yang boleh disesuaikan dengan mesej yang hendak disampaikan kepada anak-anak. Anak-anak saya sudah mengenali watak Abu yang saya cipta. Ada banyak cerita mengenai Abu seperti Abu balik kampung dan Abu dapat adik baru. Cerita ini saya reka secara spontan ketika cuba menangani masalah anak-anak. Ia banyak mengandungi unsur nasihat dan humor yang disesuaikan dengan mesej dan nasihat yang hendak disampaikan. Cara ini lebih berkesan kerana ego anak-anak tidak menjadi penghalang mereka menerima nasihat berbanding menasihati mereka secara terus.Carilah cerita yang akan memberi manfaat dan mengandungi unsur humor yang dapat menarik perhatian anak-anak.
Apabila bercerita secara lisan, gunakan nada suara dan mimik muka yang sesuai supaya menarik perhatian, mudah difahami dan menyentuh perasaan. Elakkan cerita yang terlampau susah untuk difahami dan banyak mengandungi penafsiran yang belum mampu digarap oleh anak-anak. Jadikanlah bercerita satu aktiviti keluarga yang menarik dan disukai oleh mereka.

Saturday, July 09, 2005

Hubungan sulit siber boleh jejas perkahwinan
Oleh Marhamah Abdul Wahid

“SAYA bingung, ustazah, hati saya terasa hambar dengan suami. Suami sibuk dengan kerjayanya. Dia hanya pulang apabila matahari terbenam dan ke pejabat esoknya sebelum matahari muncul.

“Saya hanya bahagia apabila mendapat SMS, panggilan telefon dan apabila bersembang dengan si dia di alam siber. “Kami walaupun tidak pernah bersua muka, perasaan saya seolah-olah bercinta dengan bayang-bayang masing-masing. Hampir empat tahun berlalu, akhir-akhir ini, saya berasa bersalah, berdosa dan bingung, apabila si dia mencadangkan agar kami bertemu untuk menentukan masa depan.” Begitulah keluhan seorang ibu muda kepada saya pada suatu hari.

Masalah itu sebenarnya biasa bagi seorang ibu yang kesunyian, terasa terabai, banyak masa terluang di depan komputer serta tidak punya kekuatan diri untuk melawan nafsu. Namun, akhirnya dia sedar kesilapannya. Begitupun, sesi kaunseling terarah perlu untuk mengembalikan semula rasa harga diri dan maruah seorang wanita Islam. Bagi isteri yang menghadapi kemelut jiwa yang sama, saya ingin berkongsi bersama beberapa cadangan untuk keluar daripada permasalahan ini.Untuk lebih memahami masalah seumpama, beberapa langkah perlu dilakukan seikhlas hati dan iman serta difikir dengan penuh kesedaran.Langkah pertama, sila jawab soalan penerokaan diri berikut:-

1. Apakah sebenarnya tujuan anda berhubung dengan lelaki itu?

2. Sejauh manakah anda ingin membina perhubungan itu? Adakah hubungan cinta, sebagai sahabat atau teman berbincang? (Islam tidak terus melarang perhubungan berlainan jantina asalkan dalam batas, tujuan dan cara selayaknya).

3. Contohnya, bagi kes isteri muda ini, dengan usia perkahwinan menjangkau 12 tahun, mempunyai tiga anak serta suami bertanggungjawab, puan mendakwa memiliki keluarga teramat bahagia. Setakat manakah benar pernyataan itu? Jawapan boleh berpandukan asas berikut: a) Puas hati dengan keperluan rumah tangga yang disediakan suami? b) Puas hati dengan layanan suami tiada halangan/jurang dari segi komunikasi dan tiada masalah seksual? (Anda boleh berkongsi perasaan dengannya) c) Melaksanakan tanggungjawab rumah tangga dengan baik? d) Puas hati dengan tingkah-laku anak? e) Memiliki sahabat/jiran yang baik yang boleh berkongsi pandangan/ bertanya masalah?

4. Anda memulakan perhubungan dengan lelaki itu dengan menipu identiti sebenar. Selama itu juga anda mengkhianati amanah suami dengan ‘melayani’ lelaki lain hingga dingin dengan suami. Apakah pandangan anda terhadap dosa dan pahala berkaitan perkara itu?

5. Kalau anda berasa bersalah/berdosa, adakah ingin mengekalkan diri dalam dosa atau terus rasa bersalah, seolah-olah ingin terus dalam azab di dunia, apatah lagi di akhirat?

6. Kalau anda tidak mahu terus berada dalam kezaliman diri dengan masalah ini adakah ingin berubah dan bertaubat? Kalau jawapan ya, ikuti langkah berikut:- 1. Bayangkan sekiranya suami mengkhianati kesetiaan anda (seperti anda lakukan). Suami sebenarnya mempunyai lebih banyak peluang untuk berbuat demikian berbanding diri anda. Apakah perasaan anda? 2. Bayangkan jika anda berada di tempat isteri lelaki yang dikenali itu, mendapat tahu suaminya mengkhianati kesetiaannya? Dengan status anda sebenar, bagaimana perasaan anda sebagai isterinya? 3. Bandingkan bagaimana kebahagiaan anda dalam keluarga bahagia dengan yang didakwa bahagia sehingga ‘ghalit’ kata orang Kedah dengan suaranya saja? 4. Adakah anda mendapat gambaran jaminan kebahagiaan yang lebih baik dengan lelaki itu yang hanya dikenali melalui e-mel atau SMS berbanding suami sekarang? 5. Anda masih inginkan perubahan? Ingin meneruskan keluarga bahagia atau hubungan dengan lelaki itu? Jawapannya ada pada diri anda. Kalau memilih yang pertama, sila fikirkan nasihat ini.Sekiranya suami tidak terhidu langsung perhubungan itu dan jika diceritakan akan menjadikan keadaan lebih buruk, saya cadangkan tidak perlu memberitahunya. Sebaliknya ikuti langkah seterusnya.

1. Berterus terang dengan si dia. Minta maaf di atas kesalahan yang disengajakan. Sekiranya ingin terus berhubung sebagai sahabat dan tidak akan mengganggu kehidupan anda atau lelaki itu, ia mungkin boleh diteruskan. Jika anda berdua tidak dapat mengawal diri, lebih baik menjauhi dosa daripada perkara yang boleh menyebabkan/mendorong kepada melakukan dosa.

2. Tukar nombor telefon bimbit dan alamat e-mel bagi mengelakkan anda dapat dihubungi lelaki tadi. Anda juga perlu mengawal diri daripada menghubunginya.3. Bertaubat untuk mendapat keampunan Allah dan berjanji tidak melakukannya lagi.

4. Jika anda bermasalah luahkannya kepada suami, mengapa perlu diluahkan kepada orang lain. Saya yakin kesunyian yang dihadapi boleh difikirkan oleh anda berdua untuk melakukan sesuatu yang akan terus membahagiakan anda dan keluarga. Carilah sahabat, saudara dan jiran yang boleh membantu. Lakukan kerja berfaedah.

5. Berbincang dengan suami supaya boleh mengikuti kursus yang diminati yang boleh mengisi masa dan membuka minda sebagai suri rumah.Akhirnya, bertekad untuk berjaya mengatasi masalah ini. Bertawakal kepada Allah kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Memberi Pertolongan kepada hamba yang memohon kepada-Nya.

l PENULIS ialah guru dan boleh dihubungi pada wanitajim0@yahoo.com dan jawapan terhadap pemasalahan layari www.wanitajimceria.blogspot.-com

Friday, July 08, 2005

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan bismillaahirrahmaanirraheem...

Semoga rakan2 blogger dan pelayar2 internet semua dipayungi rahmat Allah serta dibekalkan Allah dengan hidayahNya untuk kita semua terus mekar di arena dakwah. Memandangkan ramai antara pengirim2 artikel di blogspot ni yg sudah grad dr Purdue, maka terpanggil rasa hati saya untuk mengajak rakan2 yg tinggal ataupun yg telah grad untuk terus sama2 menyumbang artikel2 atau buah pikiran ke laman ini untuk dapat dimanfaatkan bersama. Bukan segunung ilmu yg dipinta; sekadar renungan dan santap rohani yg sedikit cukuplah kiranya untuk dikongsi bersama agar cahaya ilmu tidak luntur dari hati nurani kita. Semoga usaha rakan2 semua diberi ganjaran oleh Allah. Hayya ya Rijaal!

Wednesday, July 06, 2005

Bismillah...

Assalaamu'alaikum wrt,

InsyaAllah this week we will journey to the past and delve into the life of Safiyah bint Huyy r.a, one of Rasulullah s.a.w's wives. This is by no means a complete story and it is recommended for us to read more about the Prophet s.a.w's wives and companions.

Brief History

Safiyah bint Huyy came from and interesting lineage. She was a jewish woman and it is said that her lineage can be traced from Huyy, her father to Prophet Ishak and Prophet Ibrahim a.s. Her mother is Barrah bint Samawwal of al Khuraiza. Both her father and mother's family are very distinguished amongst the jews of Arabia. Before marrying the Prophet s.a.w, Safiyah was married twice and one of her husbands is Sam bin Miskam al Khuraizi who was a poet and a warrior.

Naturally, Safiyah's family were very much opposed to the emergence of Muhammad s.a.w as the Prophet of the end of time. As a young woman, Safiyah overheard her father and uncle talking about a man woh claimed to be a prophet. Her father asked her uncle, "Is it him?" and her uncle replied, "Yes". "Is it really him?" her father asked once again and her uncle said "yes yes yes". But they refused to follow Rasulullah s.a.w. because he s.a.w. was an Arab.

Battle of Khaibar
In this battle, Safiyah lost her father, uncles and brothers and was taken captive by the Rasulullah s.a.w's army. Dahya al Khaibi approached Rasulullah s.a.w and asked for his s.a.w permission to take some prisoners of war. Rasulullah s.a.w granted him permission and when Dahya spotted Safiyah, he decided to take her.

A companion approach Rasulullah s.a.w and said that Dahya took Safiyah who is the saida of these two Jewish tribes and he also said that Safiyah was like the princess of these tribes and should only be with Rasulullah s.a.w. He s.a.w then ordered Dahya to take another prisoner of war in exchange for Safiyah. Dahya agreed and later on, Rasulullah s.a.w married Safiyah.

Life with the Prophet s.a.w

Some scholars said that Safiyah accepted islam in front of Rasulullah s.a.w and attributed her acceptance of islam to the incident between her father and her uncle (refer to Brief History above). Below is a statement of Safiyah after her marriage ::

"When I was in bondage there was no one that I hated greater than the Prophet s.a.w. But when he freed me, there was no one more beloved to me than the Prophet s.a.w"

On way back to Madinah, Rasulullah s.a.w conducted a walimah and from that point on to madinah, Safiyah rode on same animal as Rasulullah s.a.w and wore his s.a.w mantle to signify that she was his s.a.w's wife. They were married 7 years after Rasulullah s.a.w's hijrah to Madinah. Ibn Khaima Jawziyyah in "Zaarul ma'ad" said that their marriage was unique because her release by Rasulullah s.a.w was actually her mahr.

Whe Safiyah arrived in Madinah, she was put in the house of Harith bin Nu'man. Aisha r.a came and when she saw her, she was a bit jealous of her beauty. As she was leaving the house, Rasulullah s.a.w walked with her.

Rasulullah s.a.w: What do u think ya Aisha?
Aisha r.a : She's a jewish woman
Rasulullah s.a.w: Don't say this, she has become muslim and her Islam is better
-Narrated by Ibn Sa'ad

In the Prophet s.a.w's household, other wives would tease Safiyah about being a relative to the jewish people. One day she came to Rasulullah s.a.w and was upset. She said that Hafsah and Aisha were teasing her about her connection to her Jewish family. Then Safiyah was instructed by Rasulullah s.a.w to say to them, "How is it that you two are better than me when my husband is Muhammad,s.a.w, my father is Harun a.s and my uncle is Musa as?". After this they never said anything negative about Safiyah

One time, Rasulullah s.a.w was observing i'tikaf in masjid during Ramadhan. Safiyah came to the masjid to pray and supplicate to Allah s.w.t. When she wanted to go home after the Taraweeh, Rasulullah s.a.w left his i'tikaf to walk her home. On the way, some companions saw them and he s.a.w said to them, "This is my wife Safiyah. This is Safiyah the daughter of Huyy". The companions said, "SubhaanAllah ya Rasulullah, how can we ever think about you something like this that that would be a woman you are not allowed to walk with?" Rasulullah s.a.w replied,

"Indeed syaitan, he travels to the people like the blood in the veins. Indeed syaitan would throw something in your hearts"

Conclusion

Safiyah bint Huyy was full of knowledge, wisdom and sophistication. It is said that she has narrated 10 hadeeth from Rasulullah s.a.w. She was also known as a teacher. Safiyah died 50 years after hijrah when she was 60 years old. She was buried in Al Baqia' and gave 1/3 fof her property to her nephew who was jewish. Aisha r.a. personally made sure that her wasiah was carried out.

Ibn Abbas r.a was in the masjid of Rasulullah s.a.w and somebody came and whispered in his ear. Suddenly he made sujood. Someone asked him, "You're making sujood in this time? Between fajr and the sunrise?" Ibn Abbas said to him that Rasulullah s.a.w said,

"Whenever we see a difficulty or a fitnah, we should make sujood and implore the assistance of Allah and what test or trial is greater than the death of one of the wife of Rasulullah s.a.w?"

If you don't remember anything else, remember this...

Abu Naim narrated that, once a group of people gathered in the house of Safiyah to remember Allah, read Qur'an and were making sujood. And Safiyah said,

"This is the sujood that you are making, and the recitation of the Qur'an...but where are the tears that should be coming from your eyes?"

Allahua'lam
Wassalaamu'alaikum wrt


source: http://helwa.misgonline.com/tazkeera_3.html